Sunday, July 4, 2010

PRESTASI GURU-GURU SMATAAP AMAT MEMALUKAN

Sesungguhnya nama Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin Aisyah Puteri adalah sesuatu nama yang begitu gah kerana mempunyai nama yang digandingkan dengan nama tengku puteri Al sultan Kelantan. 

Tetapi hanya setakat itulah sahaja gahnya sekolah ini, sedangkan pencapaian akademiknya begitu teruk sekali dan ketinggalan amat jauh sekali jika dibandingkan dengan prestasi sekolah-sekolah menengah agama yang lain di Kelantan seperti SMKA Lati, Pasir Mas, SMKA Falahiah Pasir Pekan, SMKA Melur, SMKA Wataniah di Machang, SMKA Tok Bachok apatah lagi dgn SMKA Naim lil Banat.


BEGITU JUGA PENCAPAIAN AKADEMIK MURID-MURID SEKOLAH INI amat memalukan jika dibandingkan dengan pencapaian Sekolah Tengku Faris Petra, SM Maktab Sultan Ismail, SM Zainab, SM Ahmad Maher bahkan masih amat memalukan jika dibuat perbandingan dengan sekolah-sekolah biasa samada di daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan lain-lain.

Memang tidak dapat dinafikan yang SMATAAP juga telah mencapai kelulusan 100% dalam SPM tetapi zaman sekarang pencapaian 100 % kelulusan bukanlah suatu kebanggaan kerana perkara yang menjadi ukuran sekarang ialah berapa ramai pelajar SPM yang mendapat 10A dan diperingkat PMR pula berapa ramaikah yang mendapat 9A



Itulah kayu pengukur kecekapan guru-guru dalam P&P. Jika pencapaian  keputusan  pepereksaan yang dicapai oleh murid-murid  yang mana bilangan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan "A"  adalah rendah atau sedikit,  maka ternyatalah guru-guru berkenaan adalah tidak cekap ataupun tidak mempunyai kesungguhan untuk mengajar dan mendidik sebaliknya hanya sekadar menjalankan tugas untuk mendapatkan gaji semata-mata. 
 

Bilangan pelajar yang mendapat keputusan "A"  yang sedikit itu menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar subjek  berkenaan hanya mengejar untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran sahaja, tanpa memberi ruang kepada pelajar-pelajar nya memahami apa yang diajarkannya kepada murid-murid mereka, langsung tidak memberi ruang untuk pelajar-pelajar mengemukakan persoalan2 untuk memahaminya, langsung tidak menyemak tahap kefahaman pelajar-pelajar bahkan tidak memberikan mereka latihan yang secukupnya untuk memastikan pelajar-pelajar itu betul-betul  memahami subjek-subjek yang diajar itu. 


Akibat dari sikap  guru-guru SMATAAP  yang hanya mengejar untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran sahaja, maka murid-murid pula yang menjadi mangsanya, tidak sempat memahami tajuk-tajuk yang diajar itu dan tidak diberikan latihan secukupnya untuk membolehkan pelajar-pelajar itu betul-betul memahaminya.


Jadi tidak hairanlah jika pelajar-pelajar yang mendapat 3A dalam pepereksaan pertengahan tahun di Tingkatan dua  SMATAAP 2010 boleh  mendapat kedudukan yang ke10, ke-11, ke-12/160 dari keseluruhan pelajar tingkatan dua SMATAAP.  Tentunya keputusan seperti ini amat  memeranjatkan semua pihak apatah lagi bagi pelajar2 yang mencatat keputusan cemerlang dalam pepereksaan UPSR dahulu.




Memang diluar jangkaan kami dan tidak boleh diterima sama sekali oleh pihak ibubapa. Sepatutnya berdasarkan kedudukan mereka itu, murid-murid itu seharusnya telah mendapat 5A atau 6A atau paling kurangpun 4A. Barulah boleh dikatakan mencapai tahap kecemerlangan setaraf  dengan SMKA-SMKA yang lain di Kelantan.
Guru-guru juga hendaklah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul, supaya murid-murid dapat memahami apa yang diajar itu. janganlah kerana ada kemudahan teknologi terkini, semuanya hendak cepat sampaikan anak-anak murid tidak sempat memahami apa yang diajar tu.   

Guru-guru seperti guru matematik dan guru Sains janganlah syok sendiri, janganlah hanya mengajar menggunakan slaid sahaja, kesian budak-budak tu terkejar cuba memahami apa yang diajar tu. Belum pun sempat faham, slaid dah pun ditukar. Kesiannya mereka.

Dahlah begitu, latihan yang diberikan pun tidak cukup. Oleh itu  pihak guru-guru disarankan menyediakan latihan yang secukupnya dan latihan-latihan yang telah  dibuat itu hendaklah disemak oleh guru-guru mata pelajaran berkenaan. 

OK, disini saya ingin mengemukakan  persoalan.-persoalan berikut. Dalam keputusan pepereksaan pertengahan tahun 2010 yang baru berlalu:-
. Berapa ramaikah pelajar yang mendapat kelusan A dalam mata pelajaran MATEMATIK?
. Berapa ramai pula pelajar yang mendapat kelulusan A dalam mata pelajaran SAINS? 
. Berapa ramai pelajar yang mendapat kelulusan A dalam mata pelajaran SEJARAH?

NAH itu ukurannya. Barulah nampak kesungguhan guru-guru untuk memastikan makin ramai yang mendapat 8A. Jika tidak, anda hanya gah pada nama sahaja, tetapi pemalas. 



BAHKAN di SMATAAP ni,  ada juga guru-guru yang tidak memasukki kelas untuk satu tempoh yang lama sehingga 2 bulan lamanya sedangkan pihak pentadbir pun tidak tahu perkara itu ataupun sengaja menafikannya sebagaimana yang dibangkitkan dalam perjumpaan dgn pihak Ibubapa. Jika dibangkitkan dalam mesyuarat agung PIBG, maka pihak ibu bapa yang akan ditempelak pula dan murid pula yang jadi mangsa.

Maka oleh kerana pihak pengurusan sekolah tidak mesra ibubapa dan hanya mahu menempelak pihak ibubapa sahaja, maka ramai ibubapa mengambil sikap berdiam diri dan kemudiannya secara diam-diam mengeluarkan anak-anak mereka dari SMATAAP. Cubalah lihat berapa ramai pelajar yang dikeluarkan dari SMATAAP pada tahun ini (2010) dan tahun lepas (2009).

Tetapi semasa berjumpa ibubapa, pihak sekolah dengan bangganya mengatakan prestasi akademik di SMATAAP sama dengan prestasi SMKA Naim lilbanat sedangkan kedudukan yang sebenarnya jauh panggang dari api


Prestasi pencapaian akademik yang begitu rendah menyebabkan ramai ibubapa yang pada asalnya berhajat hendak mendaftarkan anak-anak mereka di SMATAAP akhirnya telah mengubah fikiran mereka dan akhirnya membuat keputusan mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah-sekolah lain yang berdekatan seperti SMK Pengkalan Chepa atau SMK Panji, walaupun kedudukan SMATAAP lebih hampir kerumah mereka. Bukankah itu menunjukkan betapa teruknya imej SMATAAP pada pandangan penduduk sekitar.

Oleh itu seharusnyalah pihak pengurusan SMATAAP dan JPN Kelantan berbuat sesuatu untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar semua. Janganlah hanya membebankan murid-murid itu dengan tugasan membuat folio semata-mata untuk menjadikan mereka itu kelihatan sibuk  pada pandangan ibubapa sedangkan pencapaian akademik mereka pula amatlah rendah dan menyakitkan hati. 


Bukannya tak boleh memberi tugasan membuat folio itu, tetapi hendaklah diseimbangkan dengan tugasan membuat kerja rumah untuk menyemak  kefahaman matapelajaran SAINS, MATEMATIK, ENGLISH dan lain-lain. Janganlah keterlaluan membebankan pelajar-pelajar dengan bebanan membuat folio  geografi atau sejarah sedangkan langsung tiada latihan untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam mata pelajaran SAINS dan MATEMATIK.

guru-guru dan pentadbir SMATAAP cubalah lihat pencapaian smkam ini. 
http://smkamelor.blogspot.com/2009/12/pmr-2009tahniah-smkam.html

SMKA Melor 24 Disember 2009. Debaran dan persoalan telah terjawab.Hari ini sekali lagi warga SMKA Melor (SMKAM) berbangga dengan keputusan cemerlang PMR 2009.Seramai 37 orang pelajar SMKAM telah berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan tersebut daripada sejumlah 142 orang calon.Manakala calon yang mendapat 8A adalah 36 orang dan 7A seramai 16 orang.

Peratus kelulusan 95.77 % dan GPS 1.35 telah meletakkan SMKA Melor pada kedudukan ke 6 dalam PPD Kota Bharu.Kegembiraan calon-calon turut dikongsi bersama ibu bapa dan guru-guru yang telah hadir ke sekolah pada pagi ini. Majlis penyampaian slip kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat 9A telah disempurnakan oleh tuan pengetua,Tn. Hj Ramli b Awang di dewan Al-Ghazali,SMKA


15 comments:

  1. assalamualaikum....
    maaflah yg sbnrnya sy lngsung tdk stju dgn apa yg dilontarkan oleh saudra/saudri....
    sy x thu bgmna anda bleh brkta sdmikian...
    dari mane smber yg anda dpt ini....
    dr ank2 anda atau sbgainya...
    adkh anda psti dgn kta2 anda itu....krn jika ia x betul....ia mrpkan sutu fitnah....jka anda bljr agma ....anda akn thu btpa bsrnya dosa mmftnh....dan kalau ya pun....knp bgtu t`gmk m`buka ke`aiban ssuatu pihak....mmg hidup ni...mngate org rse lbh nikmt dr mmuji....ingt kite tu perfect sngt ke...n 4 your information....nilah cnth mnusia y x b`tnggungjwb yg suka mnggunakn blog utk mngutuk ssutu orag @ pihak....dan knp tgmk jga brkta sdemikian trhdp insn yg b`gelar seorg "guru"....sburuk mane pon guru tu...kite kna respect dn jga mruah mreka...apth lg mmbuka keaiban mrk....ade suatu kish dimana...t`dpt seorg guru yang kalu dia mngjr 100% x best...guru tu seorng yg kuat agama....tp ajaibnya pljr2 yg bljr ngan dia walaupun x paham....tp smuanya b`jya...nk tau knp...nilah dipanggil barokah....keberkatan...so...bile nk dpt brkt guru klu duk asyik mngte je...apth lg kbrktn dr allah s.w.t.....maaflah kalau terasa tp sbg shbt seagama....sy brhk b`kata demikian...wasalam

    ReplyDelete
  2. umm..sekolah ini memang nampak gah..tapi kalau dibanding prestasinya ebrdasarkan peperiksaan hakikatnya memang terukkk!terimalah hakikat itu..dan baiki kelemahan..jgn apabila ambil pelajar 'berkeras' mahupun terbaik..5a tapi apa sudah jadi?? pelajar kurang 5a pun berilah peluang kerana upsr bukan segalanya..

    ReplyDelete
  3. Senang aja untuk SMKA Amalin cemerlang pihak JPN Kelantan buatlah pertukaran guru/pihak pengurusan .Kalau hanya kerja sekadar melepas batuk di tangga tukar SMKA Amalin spt sekolah aliran biasa. Amat menghampakan pelajar sekarang dikalangan UPSR 5A. tapi bila PMR tidak cermerlang.Banyak factor untuk pelajar excellent tapi faktor paling utama adalah KESUNGGUHAN GURU. Ambilah iktibar dari semua komen yang dibuat.Anda ,guru/pihak pengurusan SMKA Amalin buatlah anjakan paradikma

    ReplyDelete
  4. saya seorang abang kepada pelajar di sekolah ini,saya harap pihak pengurusan sekolah membuat semakan tentang teknik pembelajaran dan pengajaran.Ada sesuatu yang tidak kena.

    ReplyDelete
  5. setuju belaka. sy pernah hantar ank ke tg amlin . desas desus ini pernah didengari. igtkan loni dah okei dgnpgurusan baru dan materail y baru.

    semoga dgn kesungguhn dan keikhlasan berjaya dipulihkan dalam ertikata sebuah perkongsian.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Sedap-sedap nya dia ngutuk sekolah aku..SMATAAP is my school..and forever my school..Jangan senang2 anda nak kutuk sekolah saya...Tolong jangan bandingkan sekolah Amalin dengan sekolah lain, kerana skolah Amalin baru jer ditubuhkan...tak seperti SMKA Lati, Pasir Mas, SMKA Falahiah Pasir Pekan, SMKA Melur, SMKA Wataniah di Machang, SMKA Tok Bachok apatah lagi dgn SMKA Naim lil Banat !..

    Sebenarnya, pncapaian akademik itu bergantung kepada pelajar2 sendiri..mana boleh salahkan guru2 sepenuhnya..Pihak Amalin dah berusaha susah payah untuk mendidik para pelajar..

    Catatan anda telah menaikkan semangat saya untuk menduduki PMR tahun ni..terima kasih!

    ReplyDelete
  8. adik aku pon amik PMR tahun ni..ni la kelemahan orang melayu,pantang dikritik,mulalah melenting..kita juz bagi pandangan utk sama2 menaikkan nama SMATAAP...

    ReplyDelete
  9. author blog ni jgn la baling batu sorok tangan,teruskan menulis...

    ReplyDelete
  10. sorry 2 say..jangan kritik klau xder buat perincian..Mesti ada masalah lain ...klau ye pon...xyah dok banding dngn skola SM SAins Faris Petra n Naim Lilbanat sebab skola2 nih dh dpt pengiktirafarn High Performance School and Faris Petra lak dh dpt Sekolah Berprestasi Tinggi Premium... Setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya... kengkadang,kita berada di atas,kengkadang kita kat bawah .mcm roda basikal adik kau ...

    ReplyDelete
  11. Saja nak comment juga walaupun post ni dah berhabuk lama. Masa post ni wujud saya masih di tingkatan 2, nak menafikan tanpa bukti rasanya tak selayaknya saya. Tapi hari ini saya dtg bawa diri sendiri sebagai bukti. Saya anak didik sekolah ini tak pernah berpindah dari ting 1-5. Tak pernah saya rasa cikgu2 “malas” bahkan sangat supportif dan penyayang. Alhamdulillah, dari ting 1-3 seingat sy tak pernah dapat bawah dari 5A kalau huruf A itu yg tuan pandang pada kami pelajar2, bahkan 7-8A, PMR batch saya ramai juga yang dapat 9A termasuk sy sendiri. Hasil dari SPM sy pula melayakkan saya untuk dihantar keluar negara dengan tajaan pelajar cemerlang MARA. Alhamdulillah kejayaan dari Allah, tapi penat lelah usaha guru2 itulah antara ikhtiarnya. Saya sayang sekolah ini, padat dengan majlis ilmu agama dan ilmu duniawi juga tidak ketinggalan. Guru2 seperti murobbi kami, tidak hanya ambil berat hal dalam sekolah, tapi juga hal di rumah. Sentiasa menasihati dan memastikan anak didik mereka menjaga adab dengan sekeliling. Yang selebihnya terpulang pada pelajar itu sendiri mahu ikut atau tidak. Moga anak tuan antara yang berjaya dan solehah. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak syifa eh? Betul la lgipon masa tu smataap baru je lebih kurang 10 tahun ditubuhkan,cer tgok pencapaian smataap sekarang ,lgipon smataap dah kira hebat sbb dalam masa 15 tahun dah dapat kluster.

      Delete
  12. Slps 10 thn sy baru terjumpa posting ni..sy baru je masuk Amalin ni..baru setahun lebih. Tp sy dah lama tau kewujudan dan pencapaian amalin ni. Rsa kesal dgn sikap tuan..nak komen pun selidik dlu. Semua org tau sekolah2 di Msia ni ada kategori nya..ada sekolah kawalan, sbp, sbp, kluster dan sebagainya..maka pemilihan pelajar utk belajar di sekolah2 trsebut pun berbeza. SMKA menerima pelajar yg Lbih cemwrlang berbanding sabk..kalau modalnya sudah lebih, adil ke jika d banding dgn yg kurang modalnya? Walaupun posting ni sudah lama..tp masih boleh d baca..tuan dah mohon maaf ke dgn cikgu2 Amalin?

    ReplyDelete
  13. Coin Casino - Canada Review 2021 - Is This Site Legit and Safe?
    Coin Casino is a legitimate online casino established in 2021. The casino 샌즈카지노 is rated and reviewed by our users and can be played with real money. 인카지노 It choegocasino offers a large selection of games and

    ReplyDelete
  14. Jauh sangat nak banding smataap dengan sekolah2 lain yang lebih lama established. Perbandingan yang tidak adil. Tendency ibu bapa anak2 cemerlang hantar ke mrsm, sbp dan smka yang ada nama. Anak2 yang jenis rajin belajar dah tu, nak ajar pun tak susah mana dah. Tapi anak2 cemerlang yang masuk awal form 1 di smtaap pun dikeluarkan bila dapat mrsm, sbp dan smka yang ada nama, tinggal la beberapa kerat anak2 cemerlang yang stay, dan sekolah terpaksa terima anak2 yang kurang cemerlang untuk cukupkan pelajar. Cikgu2 pun pulun ajar juga, buat kelas tambahan nak bagi cemerlang, tapi ini bukan kerja cikgu2 sahaja, tapi perlu kerjasama pelajar dan parents. Cikgu2 sahaja tak boleh buat magic. Yang kena ulangkaji dan kena bertanya tetap pelajar. Yang juga kena ambil tahu, adalah parents. Adillah dalam memberi pendapat.

    ReplyDelete